Friday, 15 July 2011

KeNaPa?????

KeNapa AwaK SomBoNG,
AwaK Kata KitA kAwaN,
Tapi AwaK SomBonG saNgat dengAn SayA,

KenApA AwaK PoYo,
AwaK KaTa KitA KawAn
TaPi bUkan Main PoYo Lagi AwaK..

KenApa AwAk caM NaK Lari je Dari Saya,
AwaK Kata kIta KawAn,
Tapi Setiap Kali jumpa, Awak cam Nak Lari je..
Muka saYa ni CaM Hantu ker..

KenaPa AwaK Tak Suka BercaKap DengAn SaYa,
AwaK KatA KiTa KawAn,
TaPi MuluT awAk caM Ada EmAs je,
Buruk SanGat ke Ayat-Ayat sAya,sampaI awAk NgeRi NaK berCakaP DengAn SaYa,

KeNaPa AwAk SuKa PerAsaN Cam Hebat,
AwaK Kata KiTa KawAn,
KenaPa Nak KenA tUnjuk HeBat, W/pN awAk taK HeBat sAya TetaP sUKa KawAn DeNgan AwaK..

KeNapa AwaK CaKap AwaK Sudi BerkawAn denGan SaYa..
KenApa AwaK..
SeDangKan awak tak mampU dan Mau Jadi kaWan SaYa..

OleH ItU,
aWaK KeNa TaU..
....SaYa MeMang Suka KaWan "PELIK" cam Awak..
ToO advenTure To Be Know..

TaPI KadAng2..
SaYa RaSa NaK TumbUk2 Je KaWan PeLik cam awAk ni..

Huhuuuuuhuhuhu.

Wednesday, 13 July 2011

Rupanya hati dia sudah dimiliki

Ada seorang gadis ni..w/pn dia selalu kecewa dengan cinta, tapi dia tak penah menyimpan dendam atau kebencian ataupun keputus asaan dek kerana pengalaman yang lalu..Sedaya upaya dia cuba untuk bina kembali harapan supaya satu hari nanti dia bakal menemui bahagia..

Dia sama sekali tidak percaya..dia akan jatuh cinta secepat ini..dia jugak tak percaya gurauan bersama teman-teman mencetuskan rasa cinta yang mendalam terhadap insan ini..Tapi dek kerana takut di kecewakan lagi, dia lebih rela berdiam diri..mengikut pengamatan..insan yang berjaya mencuri hati gadis ini tidak lah terlalu segak tapi mungkin si gadis ini menyukai mysterious criteria yang ada pada insan ini..insan ini seorang yang simple di mata gadis ini..insan ini nmpk pendiam tapi cukup untuk menunjukkan he's a family man..bila di tanya gadis ini..kenapa sukakan insan ini..dia hanya menjawab..entahla..tapi ini cukup berbeza..there's no reason..heheh

Hari demi hari..gadis ini sentiasa berharap sumting will happen..dalam hatinyer selalu berkata "Saying I love you are words I've repeated behind you, words I couldn't say, afraid you'd run away, words my heart has always shouted"..Hati gadis ini sering mengharapkan cintanya dan sukanya berbalas,tapi dia lupa..dia tidak pernah mengungkapkan perasaannya kepada insan itu..Kadang-kadang,mata insan itu pun tidak pernah dia berani untuk tatap. Gadis ini selalu tidak pernah menunjukkan perasaannya terhadap insan ini..Gadis ini sering berbuat seolah-olah tidak pernah menyukai insan ini padahal di dalam hatinya..hanya Allah yang mengetahui besar pengharapan gadis ini terhadap insan itu..gadis ini menangis dalam sujudnya atas rasa cinta yang Allah campakkan terhadap insan itu..


Tetapi..gadis ini di uji lagi..rupanya hati insan itu sudah di miliki..gadis ini terkedu..ya Allah Kau uji aku lagi..Subhanallah..Sakitnya hati gadis ini bila mengetahui insan yang di dambakan sudah pun kepunyaan orang lain biar pun sebagai kekasih..Sudah,jangan jatuh cinta pada insan ini lagi..jangan mengharap pada insan ini lagi..tetapi gadis ini tidak mampu..setiap hari bertembung dengan insan ini,hatinya luluh,sedih,kecewa tetapi bibirnya masih mengukir senyum..


Bagaimana ya?
Bagaimana harus gadis ini memujuk hatinya..Ya Pasrah..tapi tak semudah yang di sangka..pasrah bukan di bibir sahaja..ia mesti dari hati yang redha..Puas gadis ini bermunajat..akhirnya..dia pasti..Hati adalah milik Allah..Dia bertekad mulai hari ini..Dia akan pasrah..Gadis ini terus berusaha untuk bangun kembali..Inilah yang difikirannya setelah puas mencari sumber kekuatan..


"Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna “pemilikan”? Apa makna “kepunyaan”? Wujudkah “pemilikan” dan “kepunyaan” sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?"
Thanks for the blogger..quote ini benar-benar menyedarkan gadis ini..:-)


Gadis ini mulai menaruh harapan yang jodoh adalah kuasa Allah..Kita akan bertemu dgn jodoh kita bila kita mengenal dan mencintai Allah..Gadis ini bukan gadis yang terlalu baik, cuma pada pengamatan saya..dia seperti gadis lain,sujud dan selalu menadah tangan memohon diberikan yang terbaik..Selepas gadis ini mengetahui yang insan itu sudah pun mempunyai pilihan hati, gadis ini bertekad,dia akan berhenti mengatakan " Ya Allah aku nak lelaki ini,aku nak lelaki ini"..ini adalah langkah pertama yang di lakukan..Sebaliknya..gadis ini mengatakan.."Ya Allah terpulanglah padaMu, aku redha,buatlah apa saja yang terbaik untuk ku,buatlah ya Allah,aku pasrah dan aku redha, terpulanglah ya Allah.."


"buatlah apa saja yang terbaik untuk ku juga Ya Allah, buatlah Ya Allah, aku pasrah setelah mengetahui semua ini,aku juga seperti gadis itu,mengharapkan Mu Ya Allah..aku tidak mahu lagi mengatur hidupku..segalanya aku berserah padaMu.."~as



Saturday, 9 July 2011

Jika Aku Cuba Jatuh Cinta~

Coba,


Jika terjadi sekali lagi..aku di takdirkan jatuh cinta..aku tak akan meluahkan rasa cintaku pada si dia..Biarlah aku pendam perasaan ini..aku takut ya Allah..aku takut di kecewakan lagi..aku takut di tolak..penolakan yang penah membuatkan aku rasa sedih..bukankah cinta itu memberikan kekuatan kepada sang pencinta..namun tidak pada aku..aku benar2 takut untuk menghadapinya lagi..


Coba,
Pernah aku mengintai hati seseorang..tapi seringkali itu aku ingin benar jauh dan lari dari dia..aku takut aku mengharapkan sesuatu dari dia..aku takut keinginan aku untuk berteman biasa menjadi harapan menggunung aku untuknya..aku jadi serba salah..apatah lagi aku tidak mahu jadikan dia sandaran untuk aku melupakan kisah lama aku..Justeru itu, aku akan simpan perasaan ini baik-baik..biarlah masa dan keadaan yang menentukan segalanya..Jika dia jodoh aku pasti dia milik aku jua..


Entah bila perasaan ini hadir..aku pun tidak pasti..jika perasaan ini benar dan ikhlas..moga Allah sampai kan pada dia..itu sahaja yang mampu aku lakukan..tapi untuk meluahkan aku tidak mampu Ya Allah..Semoga kau terus memberi kekuatan untuk aku menyimpan perasaan ini sebaik-baiknya..amin


Lirik cuba~aidil

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang
Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru
Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis
Pasti punya puncanyaAda hikmahnya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan
Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh
Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah
Hanya
Pada
Dia Dia
Cuba
Cuba
Cuba
Cuba
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Ya Allah berikan peluang dan kesempatan untuk aku mencuba..semoga akan ada kesempatan itu ya Allah..

wajarkah perasaan cinta diluahkan???


wajarkah perasaan cinta diluahkan???

bila ada blog2 yang mengutarakan persoalan ini..aku jugak turut di tebak dgn soalan yang sama..Rata-rata memberi pendapat yg berbeza-beza..aku suka dan terhibur dgn pendapat mereka..rupanya masih ramai lagi yg blum bertemu jodoh..masih ramai yang tertanya-tanya.."aduh,perlu ke aku confess dgn si fulan- si fulan ini.." Baik lelaki atau perempuan..tidak salah siapa yang meluahkan dahulu,cuma persepsi masyarakat terhadap konsep "perigi mencari timba"masih lagi menjadi ketakutan especially untuk kaum hawa sepertiku..nanti di katakan desperate plak..:-)..

Setelah aku mengkaji satu laman blog ini..aku sempat memetik ayat bloggers ini.."BERI HATIMU HANYA UNTUK ALLAH, PASTI ALLAH TEMUKAN PADAMU PEMILIK TERBAIK. HAMPARKAN MASAMU SELUASNYA HANYA UNTUK ALLAH, PASTI ALLAH ATURKAN SELURUH HIDUPMU SEBAIKNYA (^_^)"

Memetik Sabda Rasulullah..."Barangsiapa yg jatuh cinta kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar, Allah akan mengampuni dosanya dan memasukkannya kedalam syurga..."

Doa Sayyid Qutb
"Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semua. Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu. Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Hanya Allah yg lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita semua. saya yakin, kalau kita tanamkan niat utk dptkan jodoh yg baik, disamping kita sndiri mengislahkan diri, Insyaallah....siapa pon Dia..Dialah jodoh kita.
"YA Allah, sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yg terbaik buat diriku, buat agamaku dan penghidupanku. jika Dia yang kau takdirkan utkku, dekatkanlah aku pdnya, namun jika bukan dia yg kau takdirkan utkku,  jadikanlah aku redha dengan ketentuanmu".

Biar apa pun takdir yang Allah tentukan pasti ianya terbaik untuk kita..Hanya pada Allah sahaja tempat kita sandarkan harapan, semoga Bertemu Cinta yang kita harapkan..mungkin meluahkan membuat kita tau perasaan sebenar si dia kepada kita, tapi apakah itu yang terbaik untuk kita..pecayalah..jika dia jodoh kita..segalanya pasti Allah permudahkan..Allah akan campakkan segala rasa sayang dan kasih dalam hati jodoh kita..amin





la tahzan

AdA SeBuAh KisAh ~~~

Mengetahui sesuatu yang kita tidak pernah sama sekali menyangka begitu adalah sesuatu yang terlalu pahit..Namun sesuatu yang sudah terjadi itu..biarlah terjadi..syukur segalanya aku ketahui dgn seberapa pasti..segala-galanya telah aku kuburkan sedalam-dalamnya..Dendam?..Marah?..Sedih?..Menyesal?..itu semua telah aku halalkan dan aku redha..siapalah aku untuk menghukum dan berdendam dengan insan lain yang pernah suatu ketika dulu membahagiakan aku..meskipun aku penah mengucapkan perkataan.."sampai hati"..tapi akhirnya aku redha dengan ketentuan Allah...Mungkin hikmah yang bakal Allah janjikan untuk aku lebih besar dari ujian ini..cuma yang pasti, semua ini rencah dalam hidup aku..kata cikgu aku " tak pe, at one side you lost,but on the other side u've been chosen by Allah to get closer to Him.." aku panjatkan kesyukuran tidak berbelah bagi atas ujian ini..cuma yang aku harapkan..akan ada bahagia untuk aku nanti..setelah aku menangis dengan kekecewaan yang lalu..

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

Atas dorongan keluarga dan teman-temanku akan aku jadikan semua ini sebagai kekuatan untuk ku teruskan hidup ini..

Mungkin Allah turunkan hujan sebab Dia nak hadirkan pelangi yang indah untukku..Walaupun aku sendiri tak pasti dimanakah pelangi itu akan muncul..aku pasti dan yakin Allah akan muncul kan ianya suatu hari nanti..ketika itu aku sambut dengan senyuman dan kesyukuran..

Kepada yang pernah melalui kekecewaan, kesedihan..percayalah..Allah tak penah menyusahkan hambaNya..semua ini adalah ketentuanNya untuk memberi yang lebih baik kepada kita..Bersangka baiklah kepada Allah..

Kepada insan yang telah mengecewakan, aku doakan kebahagiaan dunia dan akhirat..telah aku maafkan dan ku redhakan segala-galanya..aku tak ingin lagi mengetahui apa-apa tentang dirimu..aku tidak pernah membenci apatah lagi mendoakan sesuatu yang tidak baik buatmu..setelah hampir 6 tahun..kejamnya aku sekiranya tidak langsung memikirkan kebahagiaan mu..semoga Allah sentiasa memberi kebahagiaan buat insan ini..people make mistake..tiada yang sempurna melainkan Dia..

Semoga ini menjadi iktibar..buat insan yang melalui semua ini...semoga kau tabah, tiada kekuatan melainkan daripadaNya..terima kasih ya Allah atas ujian ini ~...as